Wednesday, February 2, 2011
Selamat Menyambut CNY 2011
Sekelip mata sebulan sudah berlalu dalam tahun 2011. Hari ini semua rakan Tionghua menyambut kedatangan arnab bersama keluarga. Situasi ekonomi negara masa kini begitu terasa dengan suasana sambutan yang suram dengan kenaikkan harga barang yang begitu ketara.
Tahun 2011 ini mungkin juga akan menyebabkan impaknya pada kaki pancing kesan kenaikkan harga pelbagai barangan termasuk juga harga minyak. apa pun kerana hobi dan minat rakan pancing mungkin juga akan turut menyusun trip-trip yang terhad sahaja. bagi saya peralatan pancing tetap kena servis dan bersihkan pada tahun baru ini semoga selepas musin tengkujuh ini dapat memulakan trip mancing yang lebih mantap.
Kepada rakan-rakan sehobi usahlah gusar,apa pun minat akan diteruskan juga. semoga tahun 2011 ini akan bertemu dengan lubuk-lubuk yang mampu mendaratkan ikan yang mega-mega.