Friday, February 4, 2011
Fishing Reel saya
Ramai pemancing suka membuat kloeksi Reel sehingga ada yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang luarbiasa untuk membeli reel yang beribu-ribu harganya.yang menjadi kemusykilan saya ialah adakah reel yang harga ribuan ringgit itu pasti mampu untuk mendaratkan ikan seperti yang dihajatkan. Bagi saya reel yang ada pada saya hanyalah yang murah dan kebanyakkannya ada 2hand yang dilelong orang rakan yang kononnya reel itu tiada "ONG" yang selalu membuat mereka Kumpau semasa trip mancing. Saya pun tidak tau betulkan tiada setiap reel itu mempunyai "HENG" atau nasib yang tersendiri bagi saya semua reel yang saya ada semuanya sudah daratkan ikan yang bagus dan ada yang sudah kalahkan reel rakan pancing yang harganya ribuan ringgit.
Apa pun saya berasa rezeki itu pemberian-Nya. kalau itu rezeki kita tidak ke mana perginya.Pepatah kalau kail sejengkal lautan dalam jangan hendak diuji mungkin juga ada kebenarannya. Apa pun kesabaran untuk bertarung apabila kena ikan saiz besar selain penggunaan rod dan line yang sesuai juga amat penting. Sukan mancing kalau dilihat boleh dianggap sebagai sukan yang tinggi kosnya kalau ramai kata sukan Golf adalah sukan orang kaya.tetapi kalau dikira peralatan sukan mancing juga tidak kurangnya. kalau Golf bola boleh guna semua tetapi batu ladung dan pelbagai lagi peralatannya selalu akan terus menjadi tukun tambahan.
Sebagai pemancing kenalah berfikir secara rasional dan jadikan sukan mancing sebagai hobi dan bukannya untuk kita peragakan peralatan yang mahal tetapi ikan tidak sudi untuk jamah umpannya.
Semoga tahun 2011 ini akan membawa tuah pada semua rakan yang sehobi untuk mendaratkan ikan yang mega-mega di lubuk rahsia masing-masing.