Tuesday, September 21, 2010

Trip pancing 27 Ogos 2010

Trip pada kali ini disertai oleh rakan hardcore. Kali ini keadaan laut kurang baik. angin dan keadaan laut agak goyang menyebabkan kami terpaksa mencari lubuk yang agak terselindung tanpa mengharapkan hasil yang bagus. GPS dijelajah kami keputusan ke lubuk di sebalik pulau telah ditetapkan. selepas beberapa lubuk dicuba tidak dapat layanan. tambahan pula umpan segar begitu sukar diperolehi di laut maka semua pun ambil keputusan untuk tidur sementara tunggu hari siang untuk menduga di kawasan karang di balik pulau ini. Baki umpam sotong segar yang terhad bersama umpan pak belalang "ikan terbang" menjadi pertaruhan selain umpan dari pasar.

 Jam 8 pagi selepas bangun mengharapkan ikan akan mencari sarapan, joran dilabuhkan tiba-tiba diheret begitu kuat sehingga Si Ah Pau Juragan di belakang bot tidak dapat tahan lalu tewas diputuskan oleh karang dasar. Rakan lain turut mencuba nasib kali ini joran Pemabuklaut pula lentur ditarik maka pertarungan bermula dan berjaya daratkan seekor GT saiz 6KG. barus selesai daratkan joran Usin Pula ditarik kasar. Semua bermain teka-teki apakah yang kena kali ini pertarungan agak lama. seekor yunan pula didaratkan.
       Seorang lagi rakan juga tidak ketinggalan berjaya daratkan jenahak saiz 1-2kg di lubuk yang dikunjungi sebelum kami lari untuk berlindung kerana angin dan laut yang semakin besar alunnya.