Tuesday, September 21, 2010

Trip 29 Ogos 2010

Tunggu ceritannya

Trip pancing 27 Ogos 2010

Trip pada kali ini disertai oleh rakan hardcore. Kali ini keadaan laut kurang baik. angin dan keadaan laut agak goyang menyebabkan kami terpaksa mencari lubuk yang agak terselindung tanpa mengharapkan hasil yang bagus. GPS dijelajah kami keputusan ke lubuk di sebalik pulau telah ditetapkan. selepas beberapa lubuk dicuba tidak dapat layanan. tambahan pula umpan segar begitu sukar diperolehi di laut maka semua pun ambil keputusan untuk tidur sementara tunggu hari siang untuk menduga di kawasan karang di balik pulau ini. Baki umpam sotong segar yang terhad bersama umpan pak belalang "ikan terbang" menjadi pertaruhan selain umpan dari pasar.

 Jam 8 pagi selepas bangun mengharapkan ikan akan mencari sarapan, joran dilabuhkan tiba-tiba diheret begitu kuat sehingga Si Ah Pau Juragan di belakang bot tidak dapat tahan lalu tewas diputuskan oleh karang dasar. Rakan lain turut mencuba nasib kali ini joran Pemabuklaut pula lentur ditarik maka pertarungan bermula dan berjaya daratkan seekor GT saiz 6KG. barus selesai daratkan joran Usin Pula ditarik kasar. Semua bermain teka-teki apakah yang kena kali ini pertarungan agak lama. seekor yunan pula didaratkan.
       Seorang lagi rakan juga tidak ketinggalan berjaya daratkan jenahak saiz 1-2kg di lubuk yang dikunjungi sebelum kami lari untuk berlindung kerana angin dan laut yang semakin besar alunnya.

trip mancing 18 September 2010

Trip kali ini seperti yang dimaklumkan seramai 4 orang yang akan sertai tetapi siapakah mereka semua hanya 1 orang sahaja kaki pancing yang diketahui tanpa mengetahui siapa lagi yang 3 orang. Perjalanan dari Bau ke Sematan ambil masa 1 jam dengan kereta. dalam perjalanan rakan terima call maklumkan mereka sudah lebih awal sampai ke sematan.
  Sesampai saja di sematan baru tahu kali ini disertai orang rakan dari jauh iaitu geng pancing dari Sri Aman. apa pun kali ini destinasi tidak diset sebab biasanya akan lihat keadaan cuaca. Barang mula di turunkan ke bot. minyak di isi secukupnya. tali sauh diangkat maka mulalah perjalanan. yang sedihnya bila nak hidupkan sebuah lagi engine msusah payah diusahakan tetapi tidak mau juga hidup sedangkan ianya digunakan pada pagi tadi dan tiada tanda sakitnya. mau tidak perjalanan diteruskan dengan hanya 1 buah Yamaha Enduro 40HP. faham jelah biasa 2 kali ini sebuah sahaja terpaksalah dengan kelajuan 10 knot sahaja.
     Selepas 2 jam perjalanan lokasi pertam diuji, tetapi arus air sangat laju semua tali pancing seperti bermain layang-layang. apa pun persiapan lain diselesaikan. lampu sotong dipasang begitu juga lampu untuk pemancing dalam bot. selesai semua lokasi seterusnya dicari. Juragan Si Ah Pau dengan GPS di tangan terus mencari lokasi yang diharapkan lebih baik. sekali lagi sauh diturunkan kali ini mulalah layan pidsang yang saiznya besar tapak tangan selang seli didaratkan. Setelah beberapa kali lokasi di cari tetapi ikan saiz yang diharapkan masih tidak nampak. hanya ikan pisang dan kaci di daratkan.
    Selepas sunyi dan tidak mendapat layanan sekali lagi Tekong dengan GPS ingin ke lubuk yang selalu daratkan ikan mega.kerana ternampak rakan yang sebelum ini ada di sana, tetapi dalam perjalanan ke lubuk itu nampak rakan sudah patah balik dan berikan isyarat yang kurang baik, mau tidak mau perjalanan ke lubuk idaman dibatalkan dan sekali lagi lubuk lain di cari sehinggalah akhirnya lubuk yang lebih baik dirasakan boleh dapatkan hasil. maka sauh di labuh. lama juga tunggu barulah mendapat layanan dari haruan tasik yang bersaiz mega di daratkan selain beberapa lagi jenis ikan yang lain.
     Suasana sunyi selepas tidak dapat layanan dan mulalah semua rakan labuhkan punggung untuk rehat. tetapi tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kili dan saya lihat seorang rakan mulakan pertarungan. tetapi tewas kerana tali perambut putus digasak tanpa sempat tau apakah ikan. saya pun mulalah pasangkan joran untuk pancing layan dengan umpan selayang tetapi sampai ke siang tiada disentuh. sehingga jam 8 pagi tiba-tiba 2 joran serentak diheret kuat. pertarungan sebelah kiri dapat daratkan seekor pari dalam masa 15 minit dan sebelah kanan pula pertarungan cukup hebat sehingga rod patah kemudian diteruskan oleh 2 orang dengan tangan. tarikan cukup kuat yang akhirnya ditewaskan kerana pemyambung perambut dan tali utama tercabut.
     Jam 8.45 semua mula tamatkan sesi dengan balingan terakhir kerana terpaksa berangkat pulang dengan hanya 1 yamaha 40 sahaja yang perjalanan selama 3 jam sehingga ke jety.