Hampir 3 bulan bercuti kerana musin tengkujuh dan laut yang bergelora dan aktiviti mancing terhenti sementara. dalam masa yang sama bot fiber telah dibaikpulih sepenuhnya sementara bot kayu masih dalam mode standby sekiranya ada peluang untuk melepaskan geram. tetapi nampaknya sehingga hari ini sememangnya tiada peluang langsung untuk ubati gatal tangan rakan-rakan.
Dengan keadaan bot fiber yang telah dicat semula dan buang semua teritup yang melambatkan pecutan selama ini, diiharap pada tahun 2011 ini akan membolehkan geng pemabuklaut untuk pecut laju ke lubuk-lubuk rahsia yang diharap telah dihadiri oleh penghuni-penghuni baru pada tahun baru 2011 ini.
Kepada rakan-rakan harap bersama bot fiber dengan kekuatan twin 40 kuda dapat diturunkan secepat mungkin kerana masih ada beberapa kerja yang belum sempat diselesaikan.